nasi udang



bahan- bahan
2 cawan beras(basuh dan toskan)
2 cawan udang basah(rebus dan dicincang)
3 cawan air rebusan udang
1/4 cawan minyak masak
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh minyak bijan
5 ulas bawang putih(dicincang)
1.2 cm halia(dihiris)
        sedikit gararm

*air rebusan udang,minyak masak,tepung jagung dan gula pasir hendaklah dicampurkan sekali)

-cara membuat nya-

1.gaulkan udang  dengan bancuhan tepung jagung,dan perapkan sebentar
2.panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih,halia serta udang,kemudian diangkat
3.dalam periuk yang sama masukkan beras dan air rebusan udang
4.masukkan udang dan gaulkan rata-rata.masak lagi hinggan tanak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi beriani



bahan-bahan
4 cawan beras(basuh dan toskan)
1 cawan susu cair
1 biji perahan limau
5 sudu besar minyak sapi
4(1/2) cawan air sejuk

*susu cair dan perahan limau dicampurkan


bahan giling

20 biji badam
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1.2 cm. halia

-cara membuat nya-

1.panaskan minyak sapi dan tumis bahan giling kemudian masukkan susu cair serta air
2.bila mendidih,masukkan beras dan biarkan hingga kering airnya
3.ambil sekeping ayam beriani masukkan kedalam nasi dan tutupkan semula dengan nasi
4.biarkan di atas api hingga nasi nya tanak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi dangang



bahan-bahan
1kg     beras
300gram beras pulut
2(1/2)  cawan santan
1.2 cm. halia
   3 ulas bawang putih
   1 sudu teh halba
   sedikit garam dan gula

*beras dan beras pulut mesti direndam semalaman
*hali,bawang merah dan bawang putih hendaklah diracik


-cara membuat nya-

1.beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak
2.masak santan,gula dan garam hingga mendidih.masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba
3.kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi kacang dal


bahan-bahan
2   kg beras
300 gram kacang dal(yang kasar-direndam
1   biji kelapa parut
3   biji buah pelaga
4   tangkai bunga cengkih
2.5 cm. kulit kayu manis
    minyak sapi untuk menumis

bahan giling
10 ulas bawang merah
 5 ulas bawang putih
 3 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm. halia
    sedikit garam


-cara membuat nya-
1.beras dicuci dan toskan.kacang dal direbus setengah masak
2.panaskan minyak tumis bahan giling bersama bunga cengkih,buah pelaga dan kulit kayu manis
3.masuk kan kacang dal dan 2 cawan pati santan
4.masukkan beras dan santan cair secukup nya untuk memasak nasi.masak sehingga tanak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi kedah



bahan- bahan

1 kg beras(basuh dan toskan)
5 cm. halia(diparut)
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak kacang
2 mangkuk pati santan
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 helai daun pandan(disimpul)
  air rebusan ayam
  garam secukup rasa

-cara membuat nya-

1.panas kan kedua- dua minyak dalam periuk,dan tumis bawang .jintan dan halia
2.masuk kan beras serta daun pandan,gaulkan rata-rata selama lima minit
3.tuangkan air rebusan ayam serta garam dan masaklah hingga kering
4.bila telah kering tuangkan pati santan dan masaklah hingga tanak nasi nya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi kebuli



bahan-bahan

900 gram beras(basuh dan toskan)
  2 biji kelapa parut
  5 cm. halia
  1 batang serai
  1 helai daun limau purut
  2 biji buah pelaga
  3 kuntum bunga cengkih
  2 biji telur(didadar)
*(hali dan serai perlu dititik)

 bahan giling
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jitan putih
1 sudu teh lada hitan
1 sudu teh serbuk kunyit
   sedikit garam

-cara membuat nya-

1.kelapa diperah.ambil santan secukup nya untuk masak nasi
2.masuk kan rempah-rempah ,daun limau purut,halia,serai serta bahan giling dan masak hingga mendidih
3.masuk kan beras dan masak lah hingga tanak nasinya
4.taburkan telur dadar diatasnya semasa dihidangkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi tomato



bahan-bahan

2   cawan beras(basuh dan toskan)
1/2 cawan minyak sapi
2   ulas bawang putih
1/2 cawan bawang merah
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 cm.kulit kayu manis
1  biji buah pelaga
2(1/4) cawan air
1 cawan sos tomato

*(bawang putih & bawang merah harus dimayang)

-cara membuat nya-

1.panas kan minyak sapi dan goreng bawang
2.masuk kan bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga.
3.masuk kan beras ,air,dan garam biarkan mendidih
4.bila nasi hampir masak,gaul kan tomato sos dan biarkan nasi tanak
5.hidangkan dengan potongan telur rebus,bawang goreng dan daun bawang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi mentega



-bahan-bahan-
2 cawan beras(basuh dan toskan)
3 cawan air
1/4 cawan kismis
4 sudu mentega
1 biji bawang besar(dicincang)
2 kuntum bunga cengkih
1.2 cm kulit kayu manis


-cara membuat nya-

1.panas kan mentega dan tumis bawang hingga kuning
2.masuk kan beras serta kacau kira-kira 3 minit
3.tuangkan ai.tutup dan biarkan sehingga kering airnya
4.bila nasi telah masak,masukkan kismis,kulit kayu manis dan bunga cengkih
5.hidangkan dengan telur rebus @ telur dadar dan bawang goreng di atasnya
6.nasi mentega sedap dimakan dengan kari @ rendang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi goreng cara cina



-bahan-bahan-
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah(buang kulitnya)
1 cawan isi ayam(direbus dan siat-siatkan)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 ulas cli merah
5 ulas bawang merah
1 pokok daun bawang(dihiris)
  garam secukup rasa

*(cili merah dan bawang merah hendak lah ditumbuk

-cara membuat nya-

1.panas kan minyak dan tumis cili,kemudian masuk kan udang,daging ayam dan kacang peas
2.biar kan selama 5 minit,kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau
3.masukkan nasi serta sedikit garam,gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang
4.bila telah masak,angkat dan boleh dihidangkan.semasa mghidang,tabur kn daun bawang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasi lemak


nasi lemak

-bahan2-
500 gram beras(basuh dan toskan)
3(1/2) cawan santan
garam dan daun pandan


-cara membuat nya-
1.satukan semua bahan dalam periuk dan masak nasi hingga cukup kering


-bahan sambal-

125 gram ikan bilis(di goreng)
125 gram bawang merah
60  gram cili kering
 5  gram belacan
 2  camca besar minyak
 1  camca teh gula
1/2 cawan air asam
    sedikit garam

*bawang merah,cili kering dan belacan hendaklah digiling

-cara membuat nya-
1.panas kan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling.
2.masuk kan ikan bilis,air asam,garam,dan gula,biarkan hingga agak pekat
3.angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum


** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
\


Cara-cara

1.Pukul telur hingga kembang
2Masukkan gula dan pukul lagi
3.Kemudian masukkan minyak masak
4.Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5.Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6.Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai 7.nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek batik biskut marie

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara

1.patah2kan biskut
2.dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3.masukkan butter,kacau sampai butter cair
4kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5.masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6.masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiramisu simple

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan\



Cara-cara

1.Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
 3.Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
 4.Potong kek pada 3 bahagian
 5.Susun 1 bahagian dalam bekas
 6.Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
 7.Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
 8.Susun lagi bahagian yang selebihnya
 9.Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
 10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat(Kukus)

Bahan-bahan ( 8 in )

1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara

1.Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2.Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api 3.kecil sehingga semua larut. Matikan api.
4.Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
5.Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
6.Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
7.Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
8.Angkat dan sejukkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuih Seri Muka/Puteri Salat

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)




Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara

1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Agar-agar Berkuah susu

Resepi Agar-agar berperisa

10 g agar-agar
1 liter air
3/4 cawan gula ( boleh kurang atau tambah ikut kemanisan yang di ingini )
1/2 cawan kordial berperisa strawberi ( apa2 perisa pun boleh )

Bahan kuah
Susu cair

Cara penyediaan

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
2. Masukkan gula dan perisa strawberi. Masak hingga gula larut.
3. Tapis, masukkan dalam acuan dan bekukan. Simpan dalam petisejuk sebentar.
4. Bila telah beku bolehlah dipotong2 dan di hidangkan didalam sandy glass.
5. Tuangkan susu cair ke atas agar-agar dan bolehlah di makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

puding roti

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

4 keping roti, disapu mentega
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard


Cara-cara

1.Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2.Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
3.Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
4.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
5.Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
6.Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan ( 5 orang )

1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara-cara

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
Setelah masak, angkat dan hidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding karamel

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara


Cara-cara

1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

6.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

7.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Kastad

Bahan-bahan ( 20 cm )

1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1 cawan jagung dalam tin
5 cawan santan
sedikit garam
Cara-cara

Blend jagung. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
Masukkan ke dalam loyang
Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eggplant Parmigiana

Bahan-bahan ( 4 orang )

1-2 cawan sos Bolognese
2 biji terung bulat (eggplant)
Parutan keju Mozzarella
NOTA : Sy guna leftover sos bolognese seperti dalam resipi Spaghetti Bolognese saya. Boleh juga beli sos yang dah siap seperti Prego etc
Cara-cara

 Potong terung bulat nipis-nipis dan goreng hingga keperangan dan naik bau.
 Susun terung dalam bekas tahan panas (oven) dan kemudian ratakan satu lapisan sos tomato. Teruskan melapis hingga semua terung dan sos habis.
Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dan bakar dalam oven 180 darjah Celcius hingga keju cair dan keperangan.
Hidang panas-panas sebagai menu minum petang. Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

2 peket spaghetti
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (mayang)
1/2 cawan daging cincang
4 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menumis
keju parmesan parut
Cara-cara

rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macaroni & cheese (goreng)

Bahan-bahan ( 2 org )

Setengah biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto
Cara-cara

Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fettuccine with Ratatouille

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

80 ml minyak zaitun - extra virgin (guna minyak biasa pun boleh)
1 biji terung - dipotong kiub
2 biji zucchini - dipotong kiub (boleh ganti dgn capsicum)
2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bwg putih - dihiris
1/3 cwn daun parsley - dihiris kasar
3 anchovy fillet - dipotong (saya ganti dgn dada ayam yg dihiris)
400 g cherry tomato di dlm tin
250 g cherry tomato
1 biji cili kering - dicarik2
segenggam black olives - dihiris
2 sudu besar balsamic vinegar
400 g fettuccine
Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali yg sederhana panas. Masukkan terung dan masak sehingga kekuningan. Angkat dan keringkan di atas kitchen towel.
Masak zucchini selama 1-2 minit sehingga kekuningan. Angkat dan keringkan di atas kitchen towel.
Masukkan bwg besar dan tumis sehingga lembut. Masukkan bwg putih, daun parsley, ayam, cherry tomato dlm tin dan cherry tomato fresh, cili kering, terung dan zucchini.
Perlahankan api, dan masak sehingga 10-15 minit. Kacau sekali sekala sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan black olives dan balsamic vinegar. Kemudian, tambah garam dan gula secukup perasa.
Rebus fettuccine dgn garam sehingga lembut atau al-dente. Toskan. Kemudian, gaulkan dgn sedikit minyak/butter supaya tidak melekat.
Gaulkan fettucine di dalam kuah yg telah dimasak. Tabur daun parsley dan hidangkan.
*Lupa nk ckp, sy ada tambah serbuk lada hitam dan thyme dlm kuah dia utk perasa tambahan*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Osso Buco

Bahan-bahan ( 4 org makan )

2 - 3 tablespoon olive oil (2-3 sudu besar minyak zaitun, boleh ganti dgn minyak biase kalau takde)
1 kg veal shank pieces (1 kg hujung kaki anak lembu)
enough plain flour to coat the veal (tepung gandum secukupnya untuk salut daging tadi)
1 carrot, diced (1 biji karot, dipotong dadu)
1 onion, diced (1 biji bawah merah, dipoting dadu.. kalau suka boleh letak lebih dr 1 biji)
2 tablespoon tomato paste (2 sudu besar tomato pes)
3 cups chicken stock (3 cawan air rebusan ayam)
1 teaspoon dried oregano leaves (1 sudu kecil daun oregano kering)
1 or 2 bay leaves (1 atau 2 helai daun bay kering)
2 strips orange zest (parutan kulit buah oren.. tak perlu byk..sket saja dh cukup)
2 tablespoon chopped flat-leaf parsley, plus extra to garnish (2 sudu besar daun parsley yg dipotong, tambah extra untuk hiasan)
salt (garam secukup rasa)
black pepper (serbuk lada hitam secukup rasa)
Cara-cara

Preheat oven to 190 degree Celcius. (Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius).
Put the flour in a mixing bowl and add enough salt and black pepper to taste. (Di dalam sebiji mangkuk, gaulkan tepung gandum dgn garam dan serbuk lada hitam secukup rasa).
Coat the veal with the flour. (Salutkan hujung kaki anak lembu tadi dgn tepung yg telah digaul).
Heat oil in a frying pan and brwon the veal in batches. When finished, transfer the browned veal to a large ovenproof casserole. (Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hujung kaki anak lembu itu hingga warna kekuningan.. tak perlu masak sgt sbb nnt nak masak dlm oven lagi.. bila dah siap goreng, pindahkan ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dlm oven).
Add onion to the frying pan and cooked for 1 minute. Then, add carrot and continue stirring until onion is soft. (Kemudian, tumis kan bawang merah tadi sebentar dan masukkan karot.. masak sehingga bawang menjadi lembut).
Stir through tomato paste and continue cooking for 1 minute. (Masukkan tomato pes dan teruskan memasak selama 1 minit).
Add in the chicken stock, dried oregano, bay leaves and orange zest; season with salt and black pepper. Bring to boil, and pour mixture evenly over veal. (Tambahkan air rebusan ayam, daun oregano, daun bay, parutan kulit oren, garam dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.. Teruskan memasak sehingga mendidih.. Kemudian, tutup api dan tuang kuah itu ke dalam bekas yg mengandungi kaki lembu tadi).
Cover the casserole with aluminium foil and bake for 75 minutes until veal is barely tender. Then, stir through parsley. Bake uncovered for 15 - 20 minutes more until veal is quite tender and liquid reduced. Garnish servings with extra parsley. (Tutup bekas dgn aluminium foil dan bakar selama 75 minit sehingga kaki lembu menjdi agak empuk.. Kemudian, tambahkan daun parsley dan bakar tanpa aluminium foil selama 15-20 minit lagi sehingga kaki lembu lebih empuk dan kuah agak pekat.. Akhir sekali, hiaslah hidangan anda dgn lebihan daun parsley td).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Homemade Pizza

Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )

500 g tepung roti
12 g garam
8 g yeast
16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
250 ml air suam
Topping:
shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.
tomato paste secukupnya
Cara-cara

Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.
 Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.
Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
 Letak kan topping pilihan.
 Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.
Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti Garlic

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )

250g Spaghetti (direbus ikut arahan dkt pek) nak guna pasta lain pon bley. penne ke macaroni ke...
Dada ayam (ambil isi dan potong kiub)
5-6 biji Bawang Putih (hiris)
1 Kiub pati ayam (or chicken stock sendiri)
Lada Hitam (cracked atau coarse)
1 cawan air
Garam sekup rasa
Cara-cara

Tumis bawang putih dengan minyak masak or olive oil sampai naik bau.
Masukkan isi ayam (kalau nak lg jimat tak payah letak.)
Lepas tu masukkan air panas atau air rebusan spaghetti.
Letak kiub pati ayam. (kalau pakai home-made chicken stock skip no.3)
Masukkan spaghetti, gaul.
Masukkan garam dan lada hitam. Gaul sekejap, rasa dan terus boleh hidang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lamb chop

Bahan-bahan ( 5 org )

5-6 keping daging kambing
Sos
butter
tepung
1 biji bawang besar
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar sos lada hitam atau lebih,ikut suka
sedikit air
french fries
Cara-cara

 Bakar/Panggang daging kambing.kitorang guna dapur gas biasa saja tapi guna pan yg leper
 tumis butter (sukatan agak2 je,lihat gambar) dan masukkan tepung.masukkan tepung sedikit dahulu dan kalau cair sgt,tambah sedikit lagi.gaul sampai jadi texture yg betul
 gaul sampai jadi lebih kurang serbuk roti.lihat NOTE di last step
 ketepikan.Dalam periuk lain,panas butter dan masuk bwg besar.masukkan sos lada hitam dan air sket
 Kacau dan masukkan kiub ayam
and then,masukkan adunan 'serbuk roti' tadi.kacau sampai tak jadi berketul2.tambah air jika perlu
pas pekat,boleh lah tutup api dan hidangkan.makan ngan french fries
 ni resepi simple je.pada sos,boleh tambah apa-apa yang disukai.yg kedua ni,ana guna ayam.hasil sos dia lebih yummy bila guna cara NOTE di bawah.
NOTE:Untuk mendapat kan sos yg cantik,jgn jadikan butter+tepung sprti breadcrumb.tepung sikit je.bukan jadi dough mcm dlm gmbr.sos lada hitam pula boleh ditambah quantiti untk mendapatkan kaler yg perang lagi mengancam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan ( 2 orang )

*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa
Cara-cara

gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lasagne

Bahan-bahan ( 4 atau 6 org )

500 gm Daging Kisar
1 tin (425gm) Sos Tomato
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling
Sedikit minyak utuk menumis
Serbuk Oregano
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 Sudu tepung gandum/jagung
8 keping cheese (cheesedale) kalau suka cheese lebih , boleh tambah
500 ml Susu segar
10 keping instant lasagne (ikut besar loyang bakar)
Cara-cara

bawang merah dan bawang putih dikisar.
Tumiskan bawang merah dan putih sampai naik bau. Masukkan cili. Jika suka pedas, boleh cili lagi.
Bila cili sudah masak, masukkan sos, biarkan mendidih. kemudian masukkan 600ml air.
kemudian masukkan daging. Biar sampai daging masak. Masukkan garam, serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Jgn sampai air kering. Ketepikan dulu.
Untuk Cream cheese : Panaskan minyak, kemudian masukkan tepung. Kemudian masukkan pula susu segar. Bila mendidih masukan cheese. Masak biar pekat sedikit.
Kemudian susun kepingan lasagne di dalam bekas pembakar.
Tuang dan rata kuah daging keatas kepingan lasagne tadi.
Tuang pula cream cheese tadi keatas kuah daging tadi.
Letakkan pula kepingan lasagne di atas cream cheese. Ulang langkah 6,7 & 8 hingga kuah daging habis.
Last sekali letakkan kepingan lasagne dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagne.
Bakar pada suhu 200 utk 20 min atau hingga bahagian atas keperangan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

spaghetti daging ringkas

Bahan-bahan ( 1orang )

100g mi spageti
150g daging hancur (minced meat)
1/2 tin tomato puri
2 ulas bawang putih
garam
minyak zaitun (pakai minyak masak biase pon ok)
parmesan cheese dan sedikit daun basil utk hiasan
Cara-cara

Rebuskan mi kira-kira 15 minit atau sehingga lembut. Tambahkan sedikit garam dan minyak masak supaya mi tak melekat2.Toskan.
Potong bawang putih menjadi kecil2.
Panaskan kuali beserta minyak zaiton dan masukkan bawang putih tadi.
Apabila bawang putih mula menjadi kuning-perang, masukkan daging dan goreng sehingga masak.
Kemudian tambahkan tomato puri, garam dan gula secukup rase.Biarkan mendidih selama 2minit.
Setelah siap, hidangkan mi di dalam mangkuk diikuti daging tadi.Tambah parmesan cheese dan daun basil mengikut citarasa sendiri.Siap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Smashed Potato

Bahan-bahan ( 2 org )

5 biji ubi kentang
butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup)
1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air)
1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa)
Cara-cara

utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)
utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.
mknlah smashed potato tu ngn gravy

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti sempoi

Bahan-bahan ( 5 )

1/2 bungkus spaghetti
sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
1 bungkus ayam/daging kisar
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan sos cili
cendawan butang (kuantiti ikut suka)
3 biji bawang putih (dicincang)
sedikit aji (kalau nak)
garam secukup rasa
sedikit air
Cara-cara

Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Easy Pasta Bake

Bahan-bahan ( 6 orang kot )

500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam
Cara-cara

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti udang ringkas

Bahan-bahan ( 1~2org )

200g spaghetti
4 sd besar minyak zaitun (minyak masak pon ok)
12~15 ekor udang yg dikupas kulit
4 kpg cendawan
3 ulas bwg putih diracik halus
2 sd besar sos tomato
tomato (optional)
serbuk parsley (optional)
garam dan sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara

rebus spaghetti dlm air panas yg telah dimasukkn sedikit garam dan 1 sd minyak(nk bg x nk melekat)
bila spaghetti dh siap dicelur, toskn.
dlm kuali, panaskn minyak. Tumis bwg putih sampai wangi.
masukkn udang, gorengkn sebentar. Kemudian masukkn cendawan dan goreng lg.
Masukkn spaghetti,tomato dan sos tomato. Tambah lada hitam dan garam.
bila nk dihidangkn, boleh la ditabur dgn serbuk parsley.
Nota: Ms rebus spaghetti tu, nk th dh cukup masak ke x, ambik sedikit spaghetti dan balingkn ke dinding. Kalo melekat kt dinding tu, dh bole diangkat dan ditoskn.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti mudah

Bahan-bahan ( 1 orang )

spaghetti
8 ekor kerang besar
garam
minyak
daun basil dan daun paseri
Cara-cara

 [lembutkan spaghetti]masukkan spaghetti dalam air panas dan masukkan sedikit garam dan minyak.
 gaulkan kerang dengan garam. masukkan kerang dalam kuali dan ditutup sehingga masak.
 masukkan spaghetti yang telah dilembutkan tadi.
 kalau tak cukup masin boleh tambah garam. tabur daun basil dan daun paseri.
boleh juga masukkan seafood mix menggantikan kerang atau dimasukkan selepas kerang separuh masak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
Cara-cara

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti Sos

Bahan-bahan ( 2-3 org )

300gm daging cincang
1 ulas bawang besar *
1 ulas bawang putih *
1 biji tomato *
1 sd kecil basilikum kering
1 sd kecil oregano kering
1 kiub chicken stok
1 biji capsicum *
500gm pes tomato
Sedikit garam.
Minyak utk menumis
Cara-cara

Potong dadu utk semua bahan yang bertanda *
Kemudian panaskan minyak. Bila minyak dah panas tumiskan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
Bila bawang dah wangi masukkan pula capsicum yg dipotong dan kacau rata..5min kemudian masukkan pula tomato yg dipotong.. Masak hingga tomato hancur..
Bila semua bahan dah sekata barulah masukkan daging cincang. Masak hingga separuh kering..
Kemudian masukkan pes tomato,chicken stok,sedikit garam,oregano dan basilikum..adjust rase..
Biarkan mendidih sambil2 tu kacau2 sikit.
Lebih kurang 10min siap untuk dihidang dgn spaghetti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Focaccia

Bahan-bahan ( 1 biji 35x 25cm )

250g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
150ml air suam
25ml olive oil
******
tepung
olive oil
garam
Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan yg di atas sehingga ke olive oil. Uli macam uli roti biasa.
Penaikkan dua kali ganda. Bila dah siap, keluarkan angin.
Canai di biar jadi 25x35cm lebar. Cucukkan dengan garfu. Penaik lagi sehingga 2 kali ganda. - Semasa mencanai tu, letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya tak melekat.
Sebelum bakar sapukan dengan olive oil dan tabukankan sedikit garam ke atasnya.
Bakar dengan suhu 250C selama 10-15 minit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lasagna

Bahan-bahan ( 6 orang )

300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
Cara-cara

Panaskan oven 180 C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D
Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cajun Chicken & Grilled Mix Vegies Pasta

Bahan-bahan ( 3 Orang )

1 cawan pasta (direbus sehingga kembang)
1 keping besar dada ayam, perap dengan cajun seasoning
1 biji keledek saiz kecil
1 biji terung saiz kecil
2 biji avocado saiz kecil
1 biji capsicum
**sauce**
1-2 sudu butter
1 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan 2 sudu besar air
400ml susu
1 cawan cendawan butang
Cajun seasoning
Garam secukup rasa
Cara-cara

Pasta yang dah siap rebus ketepikan dulu.
Terung & keledek dihiris nipis (keratan rentas - lebar lebar), panggang sampai masak. Seeloknya guna keledek yang color purple atau color oren tu. Kalau pakai keledek biasa yang warna putih tu..nampak pucat. :). Capsicum dipotong kecil & dipanggang.
Ayam diperap dengan cajun seasoning, panggang. Bila dah masak hiris nipis.
Sementara itu, sediakan sauce. Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Bila tepung jadi pekat, masukkan susu & cendawan. Kacau sampai jadi likat. Masukkan juga cajun seasoning ikut selera masing masing. Rasakan garam.
Gaulkan pasta & ayam bersama sauce yang dah siap tu. Sayur yag dah siap grill tu tepulang pada masing2 samada nak gaul sekali atau nak letak je atas pasta tu.
Belah avocado, potong potong & letakkan di atas pasta. Siap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spaghetti dengan italian salad dressing

Bahan-bahan ( 2 orang )

200g spaghetti
mini tomato
2 helai lettuce
italian salad dressing
paprika(optional)
Cara-cara

Rebus spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut
Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan lain.
Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS